Pemenang dan pencalon Anugerah_Planet_Muzik_2009

Pencalon Anugerah Planet Muzik 2009 diumumkan pada 2 Jun 2009 di Delicious Cafe, Dua Residency, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Sebanyak 18 kategori diberikan dalam penganugerahan tahun ini, antaranya ialah 9 kategori terbaik, 7 anugerah popular dan 2 kategori penghargaan khas, iaitu Anugerah Khas Planet Muzik dan Anugerah Cinta.[7] Penerima anugerah bagi sembilan kategori terbaik ditentukan oleh Juri, yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dalam muzik dan televisyen dari Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Sementara itu, untuk tujuh kategori yang paling popular, ia melibatkan suara penonton melalui pemilihan SMS dan muat turun lagu di ketiga-tiga negara.

Dalam penghargaan ini Afgan, penyanyi solo Indonesia dan kumpulan muzik Malaysia, Hujan, mendapat 6 pencalonan, diikuti oleh penyanyi Singapura Taufik Batisah dengan lima pencalonan. Sementara itu, bekas peserta Akademi Fantasia Malaysia musim kelima (AF5), Aizat dan kumpulan ST12 berada di kedudukan ketiga dengan empat pencalonan.[8] Penyanyi Malaysia Siti Nurhaliza dan penyanyi Singapura Hady Mirza kedua-duanyanya mendapat tiga pencalonan.

Sementara itu pada malam penganugerahan, Siti Nurhaliza, Aizat, Afgan dan Yovie & Nuno masing-masing memenangi 2 anugerah.[9] Secara keseluruhan, Indonesia telah memenangi 9 dari 16 kategori yang dipertandingkan.[10]

Berikut ialah senarai pemenang dan nencalon Anugerah Planet Muzik 2009. Pemenang ditulis pertama dan dengan huruf tebal

Kategori Popular

Artis Indonesia Paling Popular
Artis Malaysia Paling Popular
Artis Singapura Paling Popular
Artis Serantau Paling Popular
Lagu Indonesia Paling Popular
"Kuil Cinta" – Slank
Lagu Malaysia Paling Popular
"Hanya Kau yang Mampu" – Aizat
Lagu Singapura Paling Popular
"Impianku" – Didicazly

Kategori Penjurian

Artis Baru Terbaik (Lelaki)
  • Aizat - "Hanya Kau Yang Mampu"
    • Afgan - "Terima Kasih Cinta"
    • Dirly - "Sampai Ke Ujung Dunia"
    • Lobow - "Kau Cantik Hari Ini"
    • Nubhan - "Ada Untukmu"
Artis Baru Terbaik (Wanita)
Duo/Kumpulan Baru Terbaik
  • Kotak - "Beraksi"
    • d'Masiv - "Cinta Ini Membunuhku
    • Hello - "Ular Berbisa"
    • Hujan - "Pagi Yang Gelap"
    • ST12 - "P.U.S.P.A"
Artis Terbaik (Lelaki)
  • Afgan - Confession No. 1
    • Aizat - Percubaan Pertama
    • Reshmonu - Harapan
    • Taufik Batisah - Suria Hatiku
    • Tompi - My Happy Life
Artis Terbaik (Wanita)
Duo/Kumpulan Terbaik
Lagu Terbaik APM
  • "Laskar Pelangi" - Nidji (Laskar Pelangi Official Soundtrack)
    • "Dia Milikku" - Yovie & Nuno (The Special One)
    • "Matahariku" - Agnes Monica (Sacredly Agnezious)
    • "Pagi Yang Gelap" - Hujan (Hujan)
    • "Terima Kasih Cinta" - Afgan (Confession No. 1)
    • "Terserah" - Glenn Fredly (Glenn Fredly Private Collection)
Lagu Kolaborasi Terbaik APM
Album Terbaik APM
  • Confession No. 1 - Afgan
    • Hujan - Hujan
    • Kedua - Kotak
    • Percubaan Pertama - Aizat
    • The Special One - Yovie & Nuno
Anugerah Khas Planet Muzik
Gigi[10]
Anugerah Cinta Planet Muzik
Dik Doank

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Planet_Muzik_2009 http://www.antaranews.com/view/?i=1247835002&c=NAS... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.mediacorpradio.sg/archive071.htm https://hot.detik.com/music/1142869/anugerah-plane... https://hot.detik.com/music/1142893/afgan-dan-huja... https://hot.detik.com/music/d-1167838/bcl-gemetar-...